Welcome Back!!!
Dear Life,
Selamat kembali ke alam penulisan tanpa batasan. Kali terakhir saya menulis di blog adalah sembilan tahun yang lalu. Kini, kembali menulis di ruangan ini bukan kerana suka-suka lagi. Kini, saya sudah punya sesuatu untuk diceritakan.
Menulis bukan saja memerlukan idea, imaginasi atau kreativiti malah menulis memerlukan kemahuan, disiplin dan kehendak yang tinggi.
Untuk posting yang pertama, tidak banyak yang saya mahu kongsi. Hanya sesi memperkenalkan diri setelah sembilan tahun. Kenapa kembali? Mungkin kerana faktor usia, kematangan, pengalaman yang berlainan dan saya sudah punya karya sendiri untuk diceritakan.
Penulisan saya tidaklah setinggi mana kerana saya merupakan penulis skrip namun harapnya mampu menarik minat orang untuk membaca kerana disinilah segalanya bermula.
Selamat kembali Faten Syamimie. Mungkin ada dunia lain buat kamu di sini ^^
xoxo - Genit
Comments
Post a Comment