Mimie, Sarah & Turki


DAY 1 ( 25 NOV - 26 NOV)

Holidayyyyy! Its a yay or nay!!!

Of course it's a Yayyyy!! Some people said that I should take a break for a while. Why? Soon...

Turki. Pertama kali aku mendengar perkataan 'Turki' bila pada suatu petang yang dingin, Sarah a.k.a Ara DM aku untuk bertanya khabar dan seperti biasa kami memulakan perbualan tentang bila nak hang out...missing each other...miss to talk nonsense about everyone who pass by...and masa itulah Ara memberitahu tentang Turki. Ara dah book untuk mengikuti trip ke Turki melalui sebuah agensi dan aku dengan takde angin tiba-tiba cakap nak follow sebab harga pakej yang murah selama 10 hari. So, we closed the deal and let's go to Turki. Ini juga merupakan kali pertama aku dan Sarah pergi melancong bersama-sama sepanjang 11 tahun tempoh persahabatan. Apabila semakin hampir dengan tarikh, banyak pula dugaan dan rintangan yang mendatang dan akhirnya memang sudah ditakdirkan aku akan ke Turki bersama Sarah. 


It's all packed and bon voyage!!!!

Let's go!!!
Buku merah jangan lupa bawa but I got blue with the eyes!!!


Penerbangan mengambil masa selama beberapa jam (I wasn't count. Maybe  hours) sebelum kami transit di lapangan terbang Tehran. Kami berada di situ untuk beberapa jam lagi sebelum menunggu Mahan Air bersedia membawa kami terbang ke Turki. One thing about Tehran's airport, it's sucks and totally mind fuck (sorry for the language) but it is what it is. Udara di situ sangat sejuk dengan suhu serendah 1 darjah celcius. Sejuk giler!!! Bercakap keluar asap... ^^  Kemudian, kami menyambung semula penerbangan kami menuju ke bumi Atarturk selama dua jam lebih dalam penerbangan. Tidur lagi la dah takde apa nak buat.


We're trying to look cool by the way.


Tepat jam berapa tah, finally kami sampai juga ke bumi Turki. Sebaik saja kaki memijak tanah Istanbul, semua orang kelihatan ceria dan segar walaupun penat. Sepanjang perjalanan, kami diiring oleh Abang Zul (Tour Leader) yang super cool and super calm ( you will found out later). Tapi, setibanya di lapangan terbang Wyhndam, kami disambut oleh Sulayman (Tour Guide). Maybe macam tu la eja nama dia ^^


Comel kan Sulayman. Single lagi ni....

ISTANBUL. What can I say about this place? Nak tahu tentang sejarah Istanbul...well, Sulayman memang brief kami tapi boleh Google sajerrrrr.... Istanbul sememangnya sebuah kota metropolitan yang kaya dengan budaya dan architecture yang luar biasa. Melihat dari setiap bangunan yang lalu depan mata kami, rasanya semua orang akan kagum dengan melihat bukti percampuran sejarah Timur dan Barat selama 2000 tahun dalam sebuah kota kuno yang moden. Macam mana tu? It's unbelievable and awesome guys. Bukan setakat kota je yang hellllok....tapi orang-orangnya juga helllokkk!!! I just can't blink my eyes with these people. Mereka sangat cantik dan handsome. Kenapa? Kerana Istanbul satu-satunya kota antarbenua yang terletak antara dua benua iaitu Eropa dan Asia. Orang-orang di Turki juga perpaduan ras dan perpaduan inilah yang menggabungkan mereka sehingga kelihatan unik dari air wajah mereka (they're not Arab).

Hai jodoh !!! Smile on your face make me aweeeeee...


BLUE MOSQUE. Istanbul memiliki beribu-ribu masjid (lebih 3 ribu) dan yang paling terkenal sudah tentu Blue Mosque. You can ask Mr.Google about Blue Mosque. Berapa sq.ft segala bagai tu boleh search sendiri. Tapi apa yang menariknya tentang Blue Mosque adalah tentang 20k jubin seramik dalam pelbagai bentuk serta 200 tingkap kaca berwarna juga datang dengan pelbagai bentuk dan rekaan. Kenapa biru? Dikatakan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmet dulu, warna biru adalah warna diraja dan baginda mendapat inspirasi untuk menamakan masjid tersebut dengan nama Blue Mosque kerana jubin biru yang ada pada kubah di atas masjid tersebut. 


Awesome right?


Apa yang menarik perhatian lagi tentang Blue Mosque adalah tentang pengunjung yang datang. Sesiapa saja boleh masuk ke dalam masjid tersebut tidak kira apa agama sekalipun. Pengunjung akan diberikan sehelai plastik untuk menyimpan kasut masing-masing. Kepada yang tidak bertudung, mer diminta untuk menutup kepala dan memakai pakaian yang sopan. Kain juga disediakan bagi mereka bukan Islam. Sesiapa juga dibenarkan untuk bersolat di dalam masjid ini. Kepada mereka yang bukan Islam, terdapat satu sudut untuk mereka duduk dan menyaksikan umat Islam mengerjakan solat dan akan ada seseorang yang arif untuk menerangkan pada mereka tentang masjid serta ativiti di situ. 

Selain itu, percaya atau tidak kita tidak akan menjumpai sebarang candelier di dalam masjid tersebut. Yang ada cuma bulb lampu biasa yang menerangi seluruh masjid. Suatu ketika dahulu sebelum munculnya eletrik, hanya lilin yang menerangi masjid ini. Terdapat tali yang akan menarik bekas lilin untuk naik dan turun. Sekiranya pada musim sejuk, lilin-lilin ini akan diturunkan sedikit supaya umat Islam akan terasa hangat ketika mengerjakan solat. And do you believe it or not, takde AC dalam masjid ini. Seramik-seramik yang menghiasi dinding masjid ini sentiasa sejuk dan kita yang solat pun terasa damai. I love the place. 


Here's one thing...walaupun dinding masjid ini dibaikpulih seperti dicat baru namun, mereka tak cat semua. Peninggalan seni bina yang yang dibina pada abad ke-17 dulu masih kekal hingga sekarang and korang bayangkan dulu takde robot atau machine untuk bantu dorang lukis segala hiasan kat dinding tu. Semuanya handmade dan kekal hingga sekarang. Subhanallah. 

Blue Mosque
 HAGIA SOPHIA/AYA SOPHIA. We just chill and taking photos ^^















TOPKAPI PALACE. Istana Topkapi. Ini adalah tempat tinggal utama sultan-sultan pada zaman Uthmaniyyah. Umur istana mungkin lebih kurang 400  tahun lamanya. Istana ini dikelilingi dengan batu sepanjang 5KM dengan 27 buah menara and you will get lost if dont listen to your tour leader....




Istana yang terletak di atas bukit yang mengadap Laut Marmara, Bosphorus dan Golden Horn ini merupakan sebuah muzium yang dianggap sebagai muzium tertua di dunia. Di muzium ini, kami boleh melihat kuaters gundik-gundik diraja, koleksi senjata lama, porselin, kunci Kaabah, tempat tersimpannya Baitulmal dan paling penting, di muzium ini juga terdapat relik penting dalam dunia peradaban Islam iaitu...jubah, pedang serta janggut Nabi Muhammad SAW. I saw that too people !!! 


































......to be continued.....


Comments

  1. The Casino in MN: Mystino Casino Review - Review 2021
    The casino is licensed by the government ミスティーノ of MN. As well as operating in MN and Kapanen, vua nhà cái there is 10cric also a casino in the city of Mhälvt, and there are

    ReplyDelete
  2. Free Spins on Slots at Casino Sites with Real Money
    No Deposit Bonuses · Lucky Creek Casino: 250% up to 무료 룰렛 게임 $1,000 · BetMGM: 100% mbet365 up to $500 · Bovada: 20% up to 꽁머니 토토 $1,000 · BetOnline 저녁밥 추천 Casino: 100% up 슬롯 머신 게임 to $1000 · Golden Nugget Casino: Up to

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts