Pada Saat Bodohnya Kta

Dalam hidup pasti ada saat-saat bodohnya kita. Kita bertindak bodoh dan bercakap pun bodoh. Pada saat kita kembali pandai,kita menyesal dengan semua kebodohan yang telah kita lakukan. Kadang-kadang kita tergelak dan menjadi kenang-kenangan yang tidak dapat kita lupakan. Begitulah kita. Ada ketikanya kita ambil keputusan yang amat salah tetapi pada pandangan mata kita, ianya sangat betul. Semua orang menggeleng namun kita mengangguk. Kita tidak nampak langsung keputusan yang kita ambil itu. Yang kita nampak hanyalah betul. 

Pada saatg bodohnya kita, kita patut bergantung pada orang lain untuk membuatkan keputusan bagi pihak kita, Tentu korang pernah mengalami sesuatu saat dimana korang buntu, maka korang mencari seseorang untuk mendapatkan pandangan. Itulah saat bodohnya kita. Maka apabila diberikan nasihat kita patut terima. 
Usah membangkang walaupun tidak dapat menerima sepenuhnya. Pada saat bodohnya kita, kita memang patut dibimbing. Relakan diri korang untuk dibimbing pada saat seperti berikut. Ianya lebih baik dari mengikut kata hati sendiri. 

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya :-

Ali : Apa yang suka sangat ni, mamak?
Mamak : Saya bini juga surat India mari. 
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news. 
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby. Ayo!! Saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak. 
Ali : Tahniah mamak! Ini kena balik India ni. 
Mamak : Ya la! Saya sudah tiga tahun tarak balik! 
Ali : ????

Saat bodohnya kita memang terlihat di mata orang, tidak sesekali di mata kita. Kita hanya sedar kebodohan kita itu setelah segala-galanya berlaku. Selalu kita hentak-hentak kepala dengan berkata, "Kenapa la bodonya aku! Benda yang macam ni aku buat!" Pada saat bodohnya kita boleh berbuat banyak perkara salah. Kita boleh berfikiran salah dan mengambil langkah-langkah yang salah. Ramai orang dalam hidup mereka tersalah langkah. Ramai orang dalam hidup mereka tersalah langkah lalu berjangkit kepada semua orang yang berkait dengannya. 

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada si bapa untuk berkahwin dengan Roslan, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil. 

Suzy : Ayah, Roslan melamar saya. Kami mahu berkahwin. 
Ayah : Apa? Tak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Roslan. 
Suzy : Tapi kenapa, ayah? 
Ayah : Kerana Roslan sebenarnya abang kandung kau! 

Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi menemui ibunya. 

Suzy : Mak, ayah larang Suzy kahwin dengan Roslan . 
Mak : Tak payah dengar kata ayah kau tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa saja termasuk Roslan. 
Suzy : Tapi ayah kata Roslan abang kandung Suzy. 
Mak : Ayah kau pun tak tau kau bukan anak dia! 
Suzy : ?????

Semuanya ini berlaku pada saat kebodohan. Maka tatkala korang buntu dan tidak tentu...carilah orang yang betul untuk memiliki nasihat dan menimba ilmu. 


xoxo - Genit

Comments

Popular Posts