Pembancuh Kopi Mr. Vampire

Dear Life,




Setelah tiga bulan bertungkus-lumus menyiapkan skrip drama adapatasi 30 episod hasil nukilan novelis Aii Fariza ini, akhirnya saya berjaya melunaskan satu lagi tanggungjawab. PKMV mengisahkan tentang rasa cinta seorang lelaki yang pada awalnya takbur dengan status yang dimiliki dalam masyarakat sehingga sanggup menghina nasib manusia lain lalu pada akhirnya jatuh cinta pada gadis yang pernah dihinanya. Malangnya, rasa cinta itu tetap berada di dalam hatinya tidak kira apa yang terjadi dalam hidup mereka (pendek kata tuhan tu tak dua tiga bhai!!)

Semasa dalam proses penulisan drama ini, saya mencari penulis novel iaitu Aii Fariza atau lebih senang disapa Aii oleh saya. Mencari beliau bukan kerana mahu memaklumkan bahawa novel ini bakal diadaptasi tapi lebih kepada meminta restu dan ikhlaskan hati untuk memberi peluang kepada saya mencorak kembali ideanya ini dalam bentuk skrip dan visual. Saya memaklumkan pada Aii untuk setiap perubahan dan penambahan plot kerana bukan senang nak menulis skrip 30 episod satu jam. Kadang-kadang yang menyukarkan penulisan saya bukan kerana idea tapi lebih kepada emosi dan perasaan yang berbolak-balik. Tanpa perasaan atau emosi yang tepat sukar untuk saya menulis sesebuah scene. 

Dalam tempoh tiga bulan penulisan drama ini, selain cerita yang mempunyai graf yang tidak konsistan, begitu juga dengan kisah peribadi saya. Hidup saya melalui pelbagai fasa sepanjang tempoh tiga bulan tersebut. Akhirnya saya berani membuat keputusan yang paling besar dalam hidup seorang manusia. Dalam tempoh itu, saya melalui fasa sweet, romantis, dugaan yang bertimpa-timpa dalam perhubungan dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan apa yang telah dirancang. Emosi sendiri yang tidak stabil ini tidak mempengaruhi saya untuk tidak menulis skrip PKMV. Malah sangat membantu kerana pada waktu itu emosi saya dan Alif Irsyad berada di aras yang sama. 

Saya tidak tahu apa maksud PKMV pada semua orang yang menonton. Tapi, drama ini meninggalkan memori dan kesan yang sangat dalam untuk saya. Setiap perwatakan yang saya gambarkan di dalam PKMV ini merupakan picisan watak-watak yang pernah hadir dalam hidup saya. Setiap dari mereka juga mempunyai sedikit perwatakan saya sebagai manusia normal. 

Pembancuh Kopi Mr. Vampire sedang ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Hypp Sensasi, saluran 116 Hypp TV. Saya sertakan senarai barisan pelakon yang terlibat dalma menjayakan drama ini. 

Terbitan : Mangkin Prestij 
Arahan : Eyra Rahman
Skrip : Faten Syamimie Abdul Aziz
(Adaptasi dari karya Aii Fariza)
Pelakon : 
Alif Irsyad - Ungku Ismail
Nuzul Filzah - Nazeera Sardi
Nuha Filzah - Lia Natalia
Nurin Filzah - Fatin Afeefa
Syed Saiful - Adam Shahz
Laila - Shima Anuar
Alif Irham - Aizat Hassan
Afifah Irina - Dayang Areeda
Megat Benjamin - Fahmy Reza
Dr. Nadya - Nadia Aqila
Johan - Azwan Kombos
Tan Sri Jefri - Shahronizam
Puan Sri Ayuni - Sharifah Shahora
Datuk Riyad - Azlan Komeng
Datin Maizah - Serina Redzuawan
Melati - Afiera Riana
Nazira Filzah - Adik Amanda
Ghaz - Epy Kodiang
Elvina - Elvina Chua
Ali - Azraai
Jay - Amreen Shukry
Safwan - Elyas Abdullah

Selamat menonton ^^

xoxo - Genit

Comments

Popular Posts