Kepimpinan Melalui Tauladan


Wise man said, great leaders are great learners. They stay open to new information and to the ideas of others and they aren't afraid to experiment and make mistakes. 

Saya mula dilantik sebagai Ketua Panel Skrip di Metrowealth ketika usia saya menginjak 23 tahun. Waktu itu, sistem HOD baru diperkenalkan di syarikat ini. Kami berpindah ke bangunan baru yang mana sebelum ini kami hanya menghuni satu aras sahaja dan kini kami memiliki sebuah bangunan setinggi lapan tingkat. 

Pada suatu hari yang dingin, wakil dari jabatan sumber manusia datang ke tingkat tiga dimana terletaknya saya dengan dua orang panel skrip lagi bersama lima orang staf baru dan mereka diperkenalkan sebagai staf saya. Wajah saya tercengang dan biru di situ kerana saya tidak dimaklumkan tentang hal ini terlebih dahulu. Empat orang panel skrip dan seorang kerani jabatan diserahkan dibawah seliaan saya dalam masa satu hari menjadikan saya seorang ketua yang mempunyai lapan orang staf ketika itu. Jabatan saya adalah jabatan yang paling ramai staf waktu itu. 

Saya bukan seorang ketua yang sempurna. Di usia 23 tahun saya mempunyai beberapa orang staf yang jauh lebih berusia dari saya serta yang lain seusia dengan saya atau hanya muda setahun dua saja dari saya. Kesimpulannya, tanpa ilmu dan pengalaman kepimpinan yang cukup, saya terpaksa berhadapan dengan lapan orang staf yang mempunyai lapan jenis pemikiran, kerenah, masalah dan mereka mempunyai 1001 alasan untuk dicipta setiap hari. 

Tahun berganti tahun. Staf jabatan saya datang dan pergi seperti staf jabatan lain. Bezanya, staf saya kekal untuk beberapa tahun dan apa yang saya boleh banggakan adalah mereka keluar dari MIG membawa ilmu dan pengalaman yang saya berikan. 

Ikynz, Bainun, Syiella, Syiraz, Ifa, Zue, Ida, Abot, Amirul, Nad Zainal, Ajis, Shima, Fatin  serta beberapa orang lagi pelajar praktikal yang pernah mencari ilmu dibawah seliaan saya. Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari team panel skrip. Maafkan segala kekurangan saya pada waktu itu kerana saya masih lagi seorang ketua yang banyak kekurangan dan masih mencari ilmu dan pengalaman dalam kepimpinan. 

Berlaku beberapa peristiwa ketika itu sehingga menyebabkan saya sudah malas untuk menambah pekerja dan akhirnya hanya tinggal saya dan Rizuan Apple saja di jabatan skrip. Saya sedang rapuh, kehilangan dan sesat dalam mencari apa yang saya mahu dalam karier saya ketika itu. Penambahan staf akan menyemakkan lagi fikiran dan emosi saya. Saya hanya berdua dengan Apple berjuang untuk cuba membangkitkan industri filem yang kian jatuh waktu itu. Tiada satu filem pun terjual di Malaysia dan kami semakin keliru dengan kehendak penonton. 

Sehinggalah Ogos 2014, saya kembali bekerja dengan nafas baru, semangat baru dan pemikiran baru. Setelah beberapa bulan saya mencari semula kekuatan diri, semangat, kecintaan, sebab akibat dan apa yang paling penting adalah...saya menemui diri saya sendiri. Faten Syamimie yang lebih dewasa, matang dan lebih kuat. Saya kembali mencari penulis skrip baru untuk saya latih. Saya lebih yakin dengan kepimpinan saya dan apa yang mengharukan hati saya adalah, Apple sentiasa di situ. Saya kurang pasti kenapa dia masih bersama saya di MIG tapi itu semua tidak penting. Apa yang penting adalah dia masih ada. Ditambah lagi dengan kemunculan semula Kak Ann ke MIG seakan menambahkan semangat saya untuk membentuk semula jabatan saya. 

Saya memulakan pencarian penulis skrip baru dan akhirnya saya bertemu dengan Putri, Azzu, Mekti, Lelen, Firul dan baru bertambah adalah Haziq (pelajar praktikal). Mereka hadir pada waktu yang tepat dimana saya adalah Faten Syamimie yang lebih dewasa, matang dan berpengalaman. Sukar untuk mengatakan bahawa saya boleh menyelesaikan semua masalah yang timbul namun Alhamdulillah sehingga kini, saya masih boleh menyelesaikan segalanya kerana adanya mereka sebagai tulang belakang saya. 

Saya banyak belajar dengan mereka. Bagaimana untuk menjadi seorang ketua. Saya tidak mengatakan saya seorang ketua yang bagus kerana 'bagus' itu datangnya dari pihak lain dan bukan saya. Namun, setiap hari setiap kali saya bangun pagi, mereka adalah sebab utama untuk saya datang bekerja. Adanya mereka di sini yang memerlukan saya dan adanya mereka untuk saya lindungi. Mereka bukan sekadar pekerja saya malahan mereka adalah keluarga, kawan, adik dan anak-anak saya. Walaupun kami bukannya datang dari rahim yang sama malah tidak berkongsi darah yang sama namun itu tidak bermakna kami bukan keluarga. 

Saya sangat menyayangi mereka. Mereka sebab untuk saya terus bertahan di sini dan mereka juga sebab untuk saya berasa kuat untuk terus berjuang setiap hari. Tiada kata yang boleh saya ucapkan selain terima kasih. Terima kasih kalian. I love you guys to the moon and back. 

xoxo - Genit

Comments

Popular Posts