SEDINGIN CINTA ANTASYA


SYARFAN x ANTASYA

Kisah bermula dengan sebuah kes tembakan yang melibatkan seorang usahawan dan seorang pengawal keselamatan. Satu tembakan dilepaskan tanpa sengaja dan menyebabkan usahawan tersebut meninggal dunia. 

Beberapa tahun kemudian, pertemuan Syarfan dan Antasya berlaku di sebuah resort milik Syarfan. Antasya adalah pekerja di resort tersebut. Mereka jatuh cinta tanpa mereka sedar mereka adalah anak kepada usahawan dan pengawal keselamatan tadi. 

Syarfan menyimpan dendam yang tidak terhingga kepada Razali (Pengawal Keselamatan, ayah Antasya) dan hatinya remuk apabila mengetahui wanita yang dicintainya adalah anak kepada pembunuh ayahnya. Datin Jasmin (Ibu Syarfan) mengetahui hal ini dan pergi menyerang Antasya. Pada masa yang sama mereka juga mengetahui bahawa Razali kini berada di sebuah hospital sakit jiwa. Datin Jasmin membuat rancangan untuk membalas dendam pada Razali dan Antasya. Dia mengupah seorang lelaki bernama Hadi untuk mengebom Antasya. Namun, Hadi tidak sanggup melakukannya dan menyelamatkan Antasya dan Razali lalu membawa mereka pulang ke kampungnya. Syarfan tiba di tempat pengeboman dan percaya Antasya sudah meninggal dunia. 

Setahun kemudian, Antasya hidup bahagia bersama Razali dan Hadi di kampung nelayan. Hatinya kini membenci Syarfan namun pada masa yang sama dia merindui Syarfan. Syarfan masih lagi bersendiri dan masih lagi tidak dapat melupakan Antasya. Setiap hari dia mleawat sebuah tasik dan mengalirkan sekuntum bunga lily sebagai tanda dia masih lagi tidak mampu melepaskan Antasya dari hatinya. 

Pertemuan berlaku antara Antasya dan Syarfan. Antasya nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kes pengebomannya dulu. Antasya bertemu kembali dengan Syarfan. Hati Syarfan luluh apabila melihat Antasya. Dia bagaikan tidak percaya bahawa Antasya masih hidup. Antasya dan Syarfan sama-sama menyiasat kembali kes pengeboman dulu dan terkejut apabila mengetahui Hadi dan Datin Jasmin adalah dalang di sebalik kejadian. Hadi mati ditembak kerana mahu menyelamatkan Antasya. 

Beberapa bulan kemudian, Anatsya dan Syarfan berkahwin dan kini Antasya sedang mengandung. Kehidupan mereka disaluti kebahagiaan. Muncul Nazareth dan Nazarin, sepupu Irsyad dari luar negara. Mereka datang untuk bercuti di Malaysia. Nazareth jatuh cinta pada Antasya. Selain itu, Talia juga muncul kambali. Talia merupakan bekas teman wanita Syarfan yang menghilangkan diri secara tiba-tiba suatu ketika dahulu. Talia kini menderita kanser saraf dan jangka hayatnya sudah tidak lama lagi. 

Pada masa yang sama, kemunculan Hani menggugat kehidupan mereka semua. Hani merupakan adik kepada Hadi yang datang kerana mahu membalas dendam kerana kematian abangnya dulu. 

Sedingin Cinta Antasya, sebuah drama arahan Ollynn Khadri disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam di saluran 116, Hypp Sensasi. 

And yes...I'm a scriptwriter with my co-writer, Azlynn Ghafar. 

Comments

Popular Posts